Pages

Thursday, April 24, 2014

~ AKU INI ~

Aku ini.
Amat menyayangimu.
Mencintaimu sejak pertama
kali bersua muka
9 tahun yang lalu.

Aku ini.
Ingin kau selalu di sisi.
Saat susah.
Saat senang.
Kita akan harungi bersama.
Dengan penuh ikhlas.
Ya, ikhlas menyayangimu.
Sebagaimana aku menyayangi
diri ini.

Aku ini.
Selalu berdoa.
Pada yang di atas.
Semoga suatu saat nanti.
Bila tiba masanya.
Kau genggam erat
tangan abah.
Untuk menjadikan aku
milikmu yang sah.
Untuk menjadi
kekasih halalmu
sampai syurga.

Aku ini.
Berjanji pada diri sendiri.
Akanku genggam erat tanganmu.
Dan tidak akan
membiarkan kau pergi.
Untuk kali kedua.

Akhir sekali.
Izinkan aku ini.
Untuk terus
menyayangi dirimu.
Wahai bakal imamku.

#nfarlove #inchilover